Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) mulai Khamis, sejajar dengan matlamat menyediakan dan membangunkan keselamatan sosial yang komprehensif serta inklusif di Malaysia.<br /><br />Perkeso dalam kenyataan berkata, SKSSR menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah apabila berhadapan bencana pekerjaan dan keilatan sewaktu melakukan urusan rumah tangga.<br /><br />Selain merupakan pengiktirafan kepada penglibatan mereka dalam ‘care economy’ serta pembangunan institusi keluarga.
